Satu fakta yang jarang kita tahu, kulit adalah organ manusia terbesar yang dihuni oleh 100 trillion mikroorganisma yang merangkumi 2,400 spesis bakteria. Terkejut bukan?

Disebalik fakta ini, ada beberapa kenyataan lain yang buat kita bimbang. Berdasarkan laporan National Health Interview Survey (NHIS) yang dibentangkan pada tahun 2014, 11.6% kanak-kanak bawah 18 tahun di Amerika Syarikat menghidap masalah alahan kulit.

Manakala sebelum itu data yang direkodkan sehingga tahun 2012, mereka mendapati seramai 8.8 juta kanak-kanak mengalami masalah ini dan ia kerap menyerang anak-anak baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun.

Lazimnya, tanda seseorang terkena alahan kulit ialah gatal pada kulit dan muka yang merangkumi mata, hidung, mulut dan tekak. Selain itu, kepala juga akan berasa sakit dan pesakit akan mengalami batuk-batuk serta hidung berair atau bersin. Sesetengah orang akan mengalami asma dan kita dapat dengar pernafasan mereka berbunyi.

13 Cara Rawat Kulit Sensitif Dengan Mudah Di Rumah

Usah risau. Masalah ini dapat diuruskan dengan baik jika kita ada pengetahuan yang cukup. Saya akan kongsikan 13 cara rawat kulit sensitif dengan mudah di rumah.

1. Elak sentuhan
Apa sahaja pencetus alahan anda, jangan sesekali cuba guna dan sentuh ia.

2. Mandi
Apabila ruam-ruam merah menyerang, cuba mandi dan kemudian lap perlahan-lahan di bahagian ruam sehingga kering.

3. Guna kaedah rendaman
Rendamkan badan di dalam air suam. Ia membantu meredakan radang pada badan. Usah gunakan air panas kerana ia boleh merengsakan kulit.

4. Guna krim antigatal
Terdapat dua jenis ubat sapuan krim anti alahan iaitu krim Hydrocortisone dan krim Calamine. Kedua-dua krim ini bertindak meredakan gejala radang.

5. Guna pakaian longgar
Pakaian longgar membenarkan laluan udara keluar masuk dengan mudah dan mengeringkan badan berbanding pakaian ketat yang menyebabkan kulit radang.

6. Guna pakaian lembap
Dapatkan t-shirt lengan panjang dan seluar panjang. Rendamkan pakaian tersebut di dalam air, perah, dan kemudian pakai. Pastikan pakaian tadi tidak terlalu ketat.

7. Elak makanan pencetus alahan kulit
Berdasarkan laporan Centers for Disease Control and Prevention di Amerika, kira-kira 6% kanak-kanak dan 4% orang dewasa terjejas akibat alergi makanan. Makanan yang menyebabkan alahan kulit seperti susu lembu, telur, kacang soya, gandum, kekacang seperti kacang tanah, walnut, kacang hazel. Makan laut juga penyumbang kepada alahan kulit seperti kerang, udang, ketam dan kepah. Selain itu, terdapat juga bahan pewarna dan bahan perasa makanan yang memberi kesan alergi pada kulit. Ada sesetengah orang alah pada makanan pedas, makanan dan minuman berunsurkan ragi, cokelat, cuka, kafein dan alkohol. Sila beringat, silap memilih makanan boleh mengundang masalah alahan kulit.

8. Elak guna barangan kosmetik yang ada bahan aktif
Contohnya paraben, formodhehead, mercury, methil, sodium dan alkohol. Produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia tinggi seperti ini tidak dapat diterima oleh kulit dan menyebabkan alergi.

9. Elak terdedah dengan sinaran ultraviolet (UV)
Sinaran UV ini berasal dari cahaya matahari. Ia tidak dapat dilihat namun kita boleh merasakan kesannya pada tubuh seperti kulit merah-merah, kulit terasa seperti terbakar dan kulit hilang kenyal. Cara paling efektif untuk mengelakkan masalah ini adalah dengan menggunakan produk Sun Block, memakai pakaian yang menutup tubuh secara penuh seperti tudung atau topi, baju lengan panjang, seluar panjang, kasut dan cermin mata hitam. Selain itu, elakkan berada di bawah sinaran matahari dari jam 10 pagi sehingga 2 petang.

10. Elak kotoran dan pencemaran
Gas busuk, asap dan habuk harus dihindari kerana ia akan diserap oleh kulit dan sekaligus melemahkan sistem pertahanan kulit lalu menyebabkan kulit sensitif.

11. Elak gaya hidup tidak sihat
Amalan berjaga lewat malam, kurang tidur dan merokok boleh menjejaskan kesihatan kulit.

12. Elak guna penghawa dingin
Kesannya ia boleh menyebabkan kulit kering dan berpotensi menjadi lebih sensitif.

13. Guna pakaian dari fabrik serat semulajadi
Gentian tekstil ada 3 macam – semulajadi, sintetik dan gabungan keduanya. Semua gentian ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit walau ia jarang berlaku. Kulit sangat terkesan dengan pewarna pakaian, gam dan bahan kimia tambahan yang digunakan dalam proses pembuatan kain.

Namun, pakar menyarankan agar pesakit kulit menggunakan gentian fabrik semulajadi seperti kain Cotton agar dapat menghalang alergi kulit kerana ia mengandungi peratusan pewarna yang rendah, mempunyai peredaran udara dalam rongga fabrik yang baik dan tidak dirawat menggunakan bahan kimia,

Kredit Foto : Happykids-foto.de

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *