Biasa kita pergi beli baju, kita beritahu akak seller, “Saya pakai saiz 38”. Kalau kat baju tu tulis saiz M, agak-agak dia tahu tak 38 tu saiz apa?

Sebenarnya tak semua orang tahu convert-kan saiz baju dari angka kepada abjad terutamanya pekerja baru.

Jadi, supaya proses membeli baju jadi mudah, saya nak kongsikan panduan ringkas pasal saiz baju ini. Senang sangat nak hafal.

Saiz 34 – SS
Saiz 36 – S
Saiz 38 – M
Saiz 40 – M
Saiz 42 – L
Saiz 44 – XL
Saiz 46 – XXL
Saiz 48 – XXXL

Dulu, akak butik tanya saya pakai baju kurung saiz apa. Saya jawab, “48 kot”. Ternganga dia.

Bila diberitahu 48 tu saiz “gedabak”, saya pulak yang ternganga. Padahal saya pakai saiz 38 je.

Haha!

Kredit Foto : Freepik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *