Ada satu kisah ni.

Berlaku pada zaman Ibnu Sina (tokoh perubatan Islam).

Ada seorang puteri raja sakit. Dia tiba-tiba pengsan. Jaga, pengsan balik. Semua tabib-tabib yang ada waktu itu dipanggil untuk rawat sang puteri raja.

Bermacam-macam cara tabib-tabib itu lakukan tapi masih tak sembuh. Aneh sekali deh penyakit ni. Kemudian, Sang Raja jemput Ibnu Sina datang ke istana.

Ibnu Sina ni adalah seorang tabib atau doktor dan juga seorang sufi. Maka apabila Ibnu Sina buat pemeriksaan terhadap puteri raja tu secara medicalnya memang puteri itu tak sakit.

Kemudian dia faham, penyakit ni sebabnya adalah disebabkan cinta. Maka, Ibnu Sina tanya orang yang ada dalam istana itu, “Siapakah yang tahu semua nama negeri-negeri yang ada di negeri ini?” Ada yang menyahut dan kemudian dia datang dekat dengan sang puteri dan Ibnu Sina.

Kemudian Ibnu Sina letak tangannya di dada puteri itu dan minta orang tadi sebut nama-nama negeri. Orang itu sebutlah nama-nama negeri (contoh), Pahang… Tak berdegup kencang dada sang puteri. Selangor… Tak. Johor… tak juga.

Bila disebut Terengganu, dup dap dup dap dup dap, jantung sang puteri berdegup kencang. Ah, dah jumpa.. Ok berhenti di Terengganu. Kemudian Ibnu Sina minta orang itu sebut nama daerah di Terengganu.

Orang itu sebut nama daerah di Terengganu, “Besut, Setiu, Kuala Berang..” Tiada respon dari sang puteri. Tapi bila disebut “Dungun.” Dup dap dup dap dup dap jantung sang puteri berdegup kencang.

Kemudian Ibnu Sina minta disebut nama pemuda yang ada di Dungun ini. Maka orang itu sebut lah, Ahmad, Hamid, Mahmud, Muhamad dan sebagainya, tiada respon, jantung sang puteri tak berdegup kencang.

Tapi apabila disebut nama Hakim Rasid, terus jantung berdegup kencang (kasi can la nak jadi hero cerita). Kemudian Ibnu Sina kata, “Panggil pemuda bernama Hakim ini.”

Ketika disebut nama Hakim itu, terus terbuka mata sang puteri raja tersebut.

Kisah Ibnu Sina Rawat Puteri Raja Yang Jatuh Sakit Kerana Angau

Cinta….

Bila kita mencintai seseorang, kita akan mencintai apa sahaja yang berkaitan dengannya. Betul kan? Sama juga dengan kisah Laila dan Majnun.

Jika anda cinta dengan seorang lelaki, dengan adik beradiknya suka tak? Suka.. Bagi duit, bagi gula-gula, tanya kabar siap. Bila datang abangnya terus ditolak adiknya, “shuh shuh shuh pergi main jauh-jauh.”

Cinta itu mencintai, jika tidak mencintai maka tiadalah cinta.

Contohnya, anda mencintai seorang lelaki, atau lelaki kepada perempuan, “Aku cinta kepadamu..” Lalu si dia tidak terima, “Oh maaf, saya sudah berpunya.” Jadi tak percintaan? Tak jadi.

Tetapi jika si dia jawab “Saya terima cinta awak. “Maka dia memberi cintanya kepada anda. Dia beri dan anda ambil. Maka anda mencintai si dia dengan cinta yang dibalas oleh si dia. Dan dia mencintai anda dengan cinta yang diberikan anda. Hanya ada satu cinta. Faham ye?

Bagaimana cinta dengan Allah? Cinta itu hanya satu iaitu cinta Allah. Maka di hati ini tidak boleh ada cinta lain selain dari cinta kepadaNya. Jika tidak, bermakna kita hanya cintakan diri sendiri. Di dalam fikiran boleh yang lain, tetapi di dalam hati, tidak boleh sesekali.

Dari mana wujud cinta jika bukan dari Allah?

Cinta itu hanya milik Allah. Jika Allah berikan cinta kepada kita. Maka kita cinta kepada Allah. Jika tidak ada rasa cinta itu, itu adalah kerana ada hijab yang menghalang. Hijab itu bernama nafsu.

(Tuan Hakim Rasid)

Kredit Foto : Freepik, Vfntv1

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *