Ustaz Rahimi berkata, cantik, bijak dan kaya seorang wanita bukan penentu kepada cepatnya sampai jodoh. Kerana ehwal jodoh adalah urusan Allah. Beliau menyebut perihal seorang artis wanita popular sekadar contoh,

“Cuba tuan-tuan tengok A (artis wanita). Sampai la ni tak kahwin (audien ketawa). Nak kata lawa, memang lawa sungguh la pada mata tuan-tuan. Hat bisnes tudung tak usah cerita la. Kaya. SPM straight 10 A tuan-tuan. Pandai. Biasanya perempuan yang perfect pakej dia, lagi takut lelaki nak test (sekali lagi audien ketawa).”

Beliau menyambung dengan bercerita tentang kisah sahabatnya, seorang qadi yang didatangi oleh seorang lelaki bujang yang ingin berkahwin. Lelaki ini tidak kaya dan tidaklah kacak mana. Lama sangat beliau mahu berkahwin, tetapi belum ada jodoh.

Qadi itu memberitahu, jemputlah jodoh melalui sedekah. Terkejut si bujang itu mendengar.

“Begini. Hang bagi sedekah kat sini (masjid), tapi dengan niat nak jodoh dari Allah. Hang nak isteri lagu mana? Cantik, betui?”

“Betui ustat.”

“Hang nak yang pandai dan kaya, betui?”

“Betui ustat.”

“Kalau hang nak isteri lagu tu, takkan nak beli jodoh dari Allah bagi sepuluh ringgit ja? Kena bagi (sedekah) lebih. Kalau hang hulur seratus, Tuhan bagi tahap seratus ja la. Kalau hang nak full pakej, mai bawak seribu ringgit, hang bubuh (sedekah) kat masjid.”

Menggeletar badan lelaki tersebut. Disebabkan terlalu ingin berkahwin, sanggup saja dia menurut kata jurunikah tersebut. Lalu dia pun pulang ke rumah mengambil wang.

Imam Masjid Ini Berkongsi Rahsia Menjemput Rezeki Melalui Sedekah

Usai lelaki itu beredar, qadi tersebut menerima panggilan daripada seorang wanita bujang yang menyatakan hasrat ingin mencari jodoh. Wanita tersebut adalah seorang rupawan yang bekerja sebagai peguam dan memiliki harta banyak.

“Saya ni dah lama sangat mencari ustat. Tapi lelaki semua tak berani masuk minang.”

“Awak nak jodoh lagu mana?”

“Saya tak kisah siapa-siapa. Asalkan baik agamanya.”

Tidak lama kemudian, lelaki tadi datang kembali ke masjid dan bertemu semula dengan qadi tersebut sambil membawa wang tunai seribu ringgit. Lalu menyedekahkannya.

“Baru sat tadi ada seorang gadis bujang macam hang telefon pasai nak cari jodoh. Orangnya lawa, belajar pandai, pastu kaya pulak. Hang mau?”

Lelaki tersebut mengangguk tanda setuju. Beberapa hari kemudian mereka dipertemukan di masjid yang sama oleh qadi tersebut dan akhirnya dijodohkan.

“Sampai la ni harmoni,” kata Ustaz Rahimi P. Ramlee yang merupakan seorang penolong pendaftar perkahwinan, perceraian dan ruju’ Wilayah Persekutuan dan juga imam Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *