Sebut saja kain Cotton, ramai setuju bahawa mereka menggunakan gentian tekstil ini seharian tanpa sedar. Samada dari bahan Cotton asli mahupun campuran. Lihat saja daripada barangan bayi sehingga barangan dewasa, daripada pakaian lelaki sehingga pakaian wanita, hampir semuanya guna fabrik Cotton.

Bahkan langsir, alas meja, cadar dan sarung bantal juga tidak lari daripada penggunaan bahan ini. Kenapa seluruh dunia dengan senang hati memanfaatkan material ini? Jawapannya mudah. Kerana fabrik ini adalah fabrik unggul pelbagai guna yang memiliki pelbagai rahsia kelebihan yang tersendiri.

Nah, sekarang saya kongsikan infografik 10 kelebihan kain Cotton yang jarang diketahui ramai orang. Moga bermanfaat!

1. Tidak dilekati hama

2. Tahan semua cuaca di dunia

3. Pilihan utama hospital

4. Kurang kedut dan mudah gosok

5. Melindungi masalah asma dan alahan

6. Sesuai untuk semua peringkat umur

7. Serap bau hapak badan

8. Mudah cuci dan mudah jaga

9. Kegilaan wanita

10. Kesukaan Rasullullah S.A.W

Hebat sungguh kelebihan kain Cotton. Memang wajar material ini jadi pilihan dari dulu sampai sekarang. Evergreen, everlasting kata orang. Cuba kongsikan dengan kami apakah rahsia lain fabrik Cotton yang anda tahu?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *