Kisah Daging Makanan Syeikh Malik Bin Dinar Dicuri Kucing Untuk Rezeki Ular Buta
Kredit : Ganjmapa.wixsite.com

Suatu hari, ketika Syeikh Malik bin Dinar sedang makan di dalam rumah, beliau terpandang seekor kucing yang tiba-tiba meluru ke arahnya.

Kucing tersebut mengambil seketul daging dari pinggannya lantas melarikan diri. Terkejut dengan kejadian itu, beliau terus bangkit lalu mengikut dari belakang arah si kucing itu membawa makanan tersebut.

Rupa-rupanya kucing tersebut menuju ke sebuah lubang. Ketika tiba di depan lubang, si kucing pun mencampakkan daging tersebut dan berundur sedikit ke belakang.

Seketika kemudian, keluarlah seekor ular yang buta kedua-dua belah matanya lalu memakan daging tersebut.

Begitulah hebatnya Allah mengatur dan memberi rezeki kepada setiap makhluknya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *