Di sebuah tasik, kelihatan dua ekor bangau yang sedang asyik mencari makan. Seekor bangau besar, seekor lagi bangau kecil.

Cuaca pagi itu tenang dan banyak ikan bermain di gigi air. Mereka menangguk paruh ke dalam air dengan harapan adalah yang mengena.

“Buurrrr!”

Si bangau besar berjaya menangkap seekor ikan keli dewasa. Saiz ikan itu lebih besar daripada paruhnya. Keli itu terkapai-kapai di antara penyepit tirus bangau besar tersebut.

Dengan rasa bangga, dia mengerling ke arah rakannya yang belum berjaya membuat sebarang tangkapan lalu berkata,

Lihat, Tuhan lebih kasihkan aku. Sebab itu aku dapat ikan besar.

Dengan kudrat yang ada, dia cuba menelan ikan tersebut. Di alih ke kiri dan ke kanan supaya ikan tersebut menggelongsor masuk ke tekak. Namun tak berjaya. Keli itu terlalu besar!

Si bangau kecil hanya memerhati perilaku teman di sebelahnya sambil memakan roti yang dibaling pengunjung tasik berkenaan. Sedikit demi sedikit ia makan, dan akhirnya kenyang.

Baca lagi kisah-kisah teladan di sini.

Manakala si bangau besar, oleh kerana keli tersebut terlalu besar untuk ditelan, ia terpaksa melepaskan ikan tersebut ke dalam tasik dan berada dalam keadaan kelaparan.

Kisah Dua Ekor Bangau Di Tasik

Setiap orang sudah ditetapkan rezeki masing-masing.

Jika rezeki (pendapatan) kita besar hari ini, usah besar diri. Belanjakan ia sebaiknya dan berkongsi sesama mereka yang memerlukan kerana di dalam harta kita ada hak orang lain yang perlu ditunaikan.

Jika rezeki (pendapatan) kita kecil hari ini, maka bersabar dan bersyukur kerana Allah pasti mencukupkan kita di suatu bahagian yang tidak kita sedari. Dan kita harus tahu, jika dikurniakan harta yang banyak sekalipun, belum tentu kita dapat menguruskannya dengan baik.

Mungkin disebabkan itu, Dia Yang Maha Bijaksana kekalkan kita hidup di dalam serba kesederhanaan. Kerana itu lebih baik.

Syukur.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *