Suatu hari, ada seorang wanita datang berjumpa dengan seorang syeikh. Wanita tersebut bertanya tentang cara untuk mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh.

Kisah Seorang Ibu Bertanya Kepada Syeikh Cara Membangunkan Anak-Anaknya Untuk Solat Subuh
Time.com

Syeikh itu bertanya,

“Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?”

Wanita itu menjawab, “Saya akan mengejutkan mereka dari tidur.”

Syeikh itu menyoal lagi, “Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?”

Wanita itu membalas, “Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah!”

Syeikh tersebut akhirnya berkata,

“Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia, lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *