Memang mengejutkan apabila kita didedahkan dengan laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), hampir 300 juta penduduk dunia dari semua peringkat umur dan latar belakang kini menghidap asma. Malah angka ini dianggarkan meningkat sebanyak 100 juta orang menjelang 2025!

cara-merawat-penyakit-asma-guna-kain-cotton-cottonvilleNegara yang pesat membangun mempunyai lebih ramai penghidap masalah akut ini disebabkan faktor pembinaan bangunan, penebangan pokok dan asap kenderaan. Kesan penyakit kronik ini mengakibatkan para pekerja terpaksa bercuti dan pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.

Di Malaysia, ada satu kajian mendapati sebanyak 52% kanak-kanak di Malaysia tidak hadir ke sekolah akibat asma. Dan sebanyak 67% daripada kanak-kanak terbabit tidak menerima sebarang rawatan. Sungguh mengejutkan.

Walaupun tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan penyakit ini, namun kita masih boleh mengawalnya. Saya mahu kongsikan beberapa kaedah merawat penyakit ini.

1. Duduk dan bertenang

Di waktu lelah menyerang, tegakkan badan dan hirup udara secukupnya.

2. Guna ubat sedutan (inhaler)

Terdapat dua jenis ubat sedutan iaitu ubat sedutan penahan (reliever) dan satu lagi ubat sedutan pencegahan (preventor). Kaedah ini sangat berkesan kerana dengan dos yang sangat rendah, gas ubat ini akan masuk terus ke dalam saluran udara tanpa kesan sampingan.

3. Elakkan punca pencetus asma anda

Setiap pesakit asma memiliki faktor pencetus lelah yang spesifik dan tersendiri. Antaranya adalah bahan tercemar yang terkandung di dalam udara seperti asap, wap, debu, hama habuk, debunga dan bulu haiwan.

Selain itu, tekanan perasaan, suhu panas melampau dan kelembapan udara juga menjadi sebab pencetus. Dan siapa sangka, lipas juga punca serangan asma!

4. Elakkan bersenam melulu

Dapatkan nasihat doktor tentang kaedah senaman yang betul untuk pesakit asma. Individu yang semput disebabkan senaman sebenarnya lebih sensitif dengan perubahan dalam suhu dan kelembapan udara.

Bila kita dalam keadaan berehat, kita akan bernafas melalui hidung, dimana hidung berfungsi memanaskan, melembapkan dan membersihkan udara yang dihirup untuk menjadikannya sama seperti udara di dalam peparu. Apabila kita bersenam, kita akan bernafas melalui mulut, dan udara yang menerjah ke peparu lebih sejuk dan kering.

Jadi, perbezaan antara udara panas di dalam paru-paru dengan udara sejuk yang disedut serta perbezaan antara udara kering yang dihirup dengan udara lembap dalam peparu, jika tidak dikawal sebaiknya boleh mencetuskan serangan asma.

Teknik pencegahan paling baik adalah bawa inhaler setiap masa dan dimana jua kalian berada, dan sedut inhaler 1 hingga 2 kali sebelum melakukan senaman.

cara-merawat-penyakit-asma-guna-kain-cotton-cottonville-2

5. Berhenti merokok

Tembakau adalah pencetus paling kuat gejala asma. Apabila seseorang menghisap asap rokok, bahan-bahan merengsa akan memasuki ke dalam lapisan lembap saluran pernafasan lalu merosakkan struktur rerambut kecil yang dipanggil silia.

Fungsi silia ini adalah menyapu habuk dan lendir keluar dari saluran pernafasan. Asap tembakau merosakkan silia supaya tidak mampu bekerja dengan baik lalu menyebabkan kalian semput!

6. Elakkan makanan pencetus asma

Seperti telur, susu lembu, kacang tanah, soya, tepung, ikan, udang dan kerang. Makanan yang mengandungi pengawet seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kering, minuman keras, jus lemon dan makanan jeruk juga adalah pencetus lelah.

7. Elak penggunaan penghawa dingin

Apabila kita tidur di dalam bilik berhawa dingin, kehilangan haba dari saluran pernafasan boleh berlaku dan ini akan mencetuskan masalah lelah.

8. Elak penggunaan karpet

Permaidani akan memerangkap bahan-bahan alahan yang mencetuskan asma. Menjadi satu masalah besar jika meletakkannya di dalam bilik kerana ini akan mendedahkan kita kepada habuk karpet sepanjang malam.

Gunakan pembersih karpet berstim agar dapat mengurangkan hama, habuk dan bahan alergi lain di rumah anda. Atau lebih baik gantikan permaidani dengan lantai permukaan keras seperti jubin, kayu atau vinil (bahan plastik yang kuat).

9. Guna barangan yang diperbuat dari material fabrik Cotton

Kain Cotton sebenarnya bersifat hypoallergenic, yakni tidak menimbulkan alahan. Ia berkuasa melindungi pemakai dari masalah iritasi, gatal, alahan dan jangkitan.

Hal ini kerana, fabrik lagenda ini memiliki sifat semulajadi yang berupaya menangkis bahan-bahan alergen yang menyebabkan masalah asma. Hebat bukan?

Jika anda perasan, kebanyakan barangan bayi menggunakan fabrik Cotton. Bayangkan, dari topi kepala, baju, seluar, lampin, sarung tangan, barut, bantal, selimut sehingga tuala, semuanya menggunakan material ini.

Kain Cotton bukan sahaja sangat sesuai untuk kulit bayi malah sangat disarankan oleh para doktor supaya bayi berasa selesa dan terhindar dari bakteria dan hama habuk.

Jadi, jika anda salah seorang penghidap Asthma atau ada ahli keluarga mahupun rakan yang mengalami masalah ini, saya galakkan anda amalkan tip-tip mudah ini. Penyakit ini sememangnya sukar diubati namun kita boleh berikhtiar dengan mengawalnya sebaik mungkin.

Ada tip tambahan? Ayuh kongsikan dengan pembaca yang lain di ruangan komen dibawah.

Muhammad Arif Aizuddin
Sekarang langsung tak pakai karpet lagi dah.

 

Kredit Foto : Mienfermeraperu.com, Utahpeoplespost.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *