cottonville-kain-cotton-borong-cara-pujuk-isteri-merajuk

Kalau kawan-kawan sudah punya isteri, tahulah macam mana gaya orang perempuan merajuk. Bercakap tak mahu, pandang muka pun tak mahu.

Kita ini dibiarnya seorang diri. Bukan kata nak layan, bertegur pun tidak. Itu tanda mereka mahu perhatian.

Merajuk ini kalau dibiarkan, makin menjadi. Silap haribulan, tidur luar nanti.

Orang tua-tua kata, hati perempuan ini macam kerak nasi. Nampak keras tapi bila direndam air, lembutlah dia.

Kalau isteri merajuk, cuba pujuk begini. Pegang erat tangannya dan bisikkan di telinganya yang kita masih kasihkan dia. Katakan kita rindu senyuman dan gelak tawanya. Cewah.

Kalau masih tidak jalan juga, apakata kalian guna cara beri hadiah. Ya, nampak klise tapi ramai suami terlepas pandang.

Hadiah boleh jadi bunga, kek atau coklat. Cuba beri yang murah-murah dahulu. Kalau mahu beri yang mahal, lebih baik beri sebiji banglo.

Tapi ada satu hadiah ini, kalau suami beri pada isteri, saya berani jamin isteri akan cepat berhenti merajuk. Silap hari bulan suami siap dipuji lagi, diisytiharnya kalian suami mithali, cinta hati, cinta till jannah bagai. Kahkah.

Kawan-kawan mesti nak tahu sangat apa hadiahnya, kan?

Baik, kalian tekan pautan website ini sekarang, www.cottonville.my dan tunjukkan pada isteri sambil beritahu mereka,

Abang belikan sayang sepasang nak? Pilih sahaja mana suka. Abang belanja.

Ha, cuba teknik ini dahulu. Tapi mahu pesan sedikit, usah beri mereka tengok lama-lama, nanti mereka mahu borong semua. Haha.

Selamat mencuba.

Muhammad Arif Aizuddin
Cinta hati, bukan mudah ditukar ganti. Hargai, selama masih disisi.

Kredit Foto : Momjunction.com

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *