Berikut adalah soalan-soalan yang kerap ditanya oleh para pelanggan kami.

Soalan Lazim Pra-Jualan

1. Saya tak pernah beli kain Cotton secara online. Siapa harus saya rujuk?
Terdapat dua kaedah paling mudah untuk mengajukan soalan. Pertama, Whatsapp ke 019-3944 787 (Amira). Kedua, hubungi atau SMS ke nombor yang sama. Bantuan pantas akan diberi. Kami galakkan anda guna cara pertama, Whatsapp.

2. Apa perbezaan kualiti kain Cotton ini dengan pembekal lain?
Material fabrik Cotton kami adalah gred AAA. Fabrik ini tidak jarang dan sederhana tebal. Sifat kain Cotton kami lebih serap peluh dan selesa dipakai. Anda boleh baca maklum balas pelanggan tentang kualiti produk kami.

3. Bagaimana cara beli kain Cotton ini?
Anda perlu Whatsapp pada nombor 019-3944 787 (Amira) untuk bertanyakan stok atau klik ‘Cara Tempah’ untuk baca panduan pembelian mudah.

4. Bagaimana untuk ketahui ukuran sebenar badan saya?
Setiap orang memiliki saiz badan berbeza. Anda boleh gunakan pengalaman lepas untuk mengetahui jumlah meter kain Cotton yang anda perlukan. Lazimnya, 4 meter sudah memadai. Jika tubuh anda lebih berisi atau lebih tinggi dari biasa mungkin anda perlukan 5 meter atau lebih. Ukuran sebenar badan boleh dilakukan secara personal menggunakan tali tape. Atau berkunjung ke kedai jahit.

5. Adakah warna kain Cotton dalam gambar sama dengan warna kain Cotton sebenar?
Hampir boleh dikatakan 98% sama. Mungkin ada sedikit perbezaan disebabkan faktor kamera, pencahayaan atau editing.

6. Bagaimana cara untuk saya tahu status stok tersebut samada ada atau habis?
Sebaiknya sebelum lakukan pembayaran, boleh Whatsapp kami untuk semakan stok terlebih dahulu.

7. Saya mahu beli. Apa yang perlu saya lakukan?
Pertama, Whatsapp kami ke nombor 019-3944 787 (Amira). Perkenalkan diri sebagai pembeli dan beri kod kain Cotton. Contoh,
“Salam sis. Saya Amira nak beli kain Cotton corak Songket kod BD-274-A. Ada lagi stok tak sis?”
Pihak kami akan buat semakan pantas dan balas pertanyaan stok secepat yang mungkin.

8. Jika stok ada, apa yang perlu dilakukan?
Stok yang sah tersedia biasanya tidak bertahan lama. Ia cepat habis. Anda perlu hantar detail nama penuh, alamat pos, nombor telefon dan kod kain Cotton yang dihajati sebelum pihak kami memberikan nombor akaun bank untuk pembayaran.

9. Jenis pembayaran apa yang diterima?
Kami hanya terima pembayaran melalui Internet Banking; Maybank dan Cimbclick serta pembayaran melalui Cash Deposit Machine (CDM). Untuk Cash On Delivery (COD), ia boleh dirunding samada melalui panggilan telefon atau Whatsapp. Jika anda berada Singapura atau Brunei , anda boleh gunakan Western Union.

10. Bolehkah saya booking dengan bayar deposit dahulu?
Kami tidak terima pembayaran deposit. Untuk tempahan, pembayaran penuh perlu dilakukan.

11. Adakah wujud kos tersembunyi?
Sememangnya tidak wujud kos tersembunyi. Segala kos dipaparkan dengan jelas di dalam web kami. Apabila kos pos dinyatakan percuma, ia sememangnya percuma. Anda hanya perlu membayar jumlah yang dipaparkan sahaja.

12. Adakah saya diberi jaminan pulangan wang dan barang?
Untuk konsep perniagaan kami sebenarnya tiada polisi tersebut. Kecuali ia ternyata berlaku disebabkan kesilapan dari pihak kami. Sebagai contoh, tersalah ukuran meter atau corak, terkoyak atau rosak. Dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan parcel, pihak anda perlu memaklumkan secepat yang mungkin kepada kami. Jika kesilapan pemilihan ukuran meter dan warna berlaku dari pihak anda, pemulangan atau penukaran tidak dibenarkan sama sekali.

13. Bolehkah saya buat tempahan dari luar negara?
Ya, boleh. Pihak kami akan bantu berikan nilai kos penghantaran ke negara yang anda kehendaki selain Singapura dan Brunei. Ia tidak termasuk harga produk.

14. Bagaimanakah kaedah pembayaran untuk tempahan dari luar negara?
Setakat ini kami hanya menerima pembayaran melalui Western Union bagi pembeli dan pemborong dari luar negara.

15. Apa jenis perkhidmatan pos yang digunakan?
Kami menggunakan khidmat Poslaju Malaysia bagi semua jenis penghantaran domestik dan ke luar negara.

16. Berapa lama tempoh penghantaran?
Di dalam kawasan Semenanjung Malaysia, biasanya ia ambil masa 1-2 hari waktu bekerja. Manakala Sabah dan Sarawak ambil masa 4-5 hari waktu bekerja. Jika kawasan anda berada di kawasan pedalaman kampung, tempoh barang sampai mungkin sedikit lewat. Kawasan yang berlaku bencana alam juga mengalami nasib sama. Tempahan yang dibuat pada musim raya juga biasanya akan tiba lewat ke tangan pelanggan (masalah logistik pejabat pos).

17. Bagaimana cara untuk menjejaki barang tempahan saya?
Selepas item tempahan anda berjaya dipos, kami akan segera memberikan tracking number. Anda boleh jejaknya di website Poslaju.

18. Apa yang perlu saya buat jika barang tidak sampai?
Anda boleh Whatsapp atau hubungi kami di talian 019-3944787 untuk aduan. Kami akan bantu anda secepat mungkin. Atau hubungi pejabat pos yang berkenaan.

Soalan Lazim Beli Borong

1. Bolehkah saya membeli kain Cotton secara pukal?
Ya, boleh. Whatsapp atau hubungi kami ditalian 019-3944787 (Amira) untuk rundingan harga.

2. Bagaimana cara tempahan borong?
Kaedah borong sama sahaja seperti kaedah pembelian runcit yang dinyatakan diatas.

3. Berapakah pembelian minimum borong yang ditetapkan?
Minimum borong adalah 10 pasang. Kelebihan yang kami beri adalah pemborong boleh memilih atau mencampurkan corak serta saiz yang diingini.

4. Bagaimana dengan kos pos bagi pembelian borong?
Harga pembelian pukal sudah termasuk harga pos ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

5. Bolehkah saya buat tempahan borong dari luar negara?
Ya, boleh. Pihak kami akan bantu berikan nilai kos penghantaran ke negara yang anda kehendaki selain Singapura dan Brunei. Ia tidak termasuk harga produk.

6. Bagaimanakah kaedah pembayaran untuk tempahan dari luar negara?
Setakat ini kami mengesyorkan pembayaran melalui Western Union bagi pembeli atau pemborong dari luar negara.


Foto Kredit : Lifelineh2h.org.au