Siapa Kami?
1. Kami adalah dua orang anak muda yang sedang belajar dan berusaha dalam perusahaan tekstil kain Cotton semenjak tahun 2013. Kini mengorak langkah menubuhkan jenama Cottonville untuk melebarkan sayap perniagaan ke seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

2. Jenama Cottonville ini adalah milik syarikat Arif Dzain Enterprise yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nombor pendaftaran 002077572-V.

Matlamat Kami
Menjadi pembekal kain Cotton eksklusif nombor #1 di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Moto Kami
“Corak eksklusif tiada tandingan.”

Tugas Kami
1. Kami memasarkan kain cotton berkualiti tinggi secara dalam talian (online) dan menawarkan pembelian runcit dan borong kepada para pelanggan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

2. Kami membantu para pelanggan mendapatkan corak kain Cotton yang cantik dan berkualiti untuk dijadikan baju kurung dan jubah agar tampil menawan di pejabat dan di majlis keraian dengan memberi konsultansi berkaitan pemilihan warna dan corak yang sesuai.

3. Kami juga aktif membuat sistem dropship bagi membantu usahawan kecil mempelajari serta menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan tanpa sebarang modal dan yuran.

4. Kini terdapat hampir 80 orang ahli dropshipper bernaung di bawah pengurusan kami.

Misi Kami
1. Memberikan mutu perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan kami untuk memastikan pelanggan kami berpuas hati.

2. Menyedia dan menghantar produk kepada pelanggan kami secepat mungkin.

3. Mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami bagi memastikan kejayaan yang berterusan.

4. Menyediakan sistem dropship bagi membantu individu yang berpotensi memulakan perniagaan kecil-kecilan tanpa sebarang modal.


Foto Kredit : Man.wannabemagazine.com