Tip-Pilih-Pakaian-Untuk-Bridesmaid-Dan-Bestman-PerkahwinanOrang perempuan sekarang memang tak sah kahwin kalau tiada bridesmaid. Bagaikan seorang permaisuri istana, dayang-dayang ini akan sentiasa mengapit pengantin perempuan sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.

Biasanya para pengapit ini terdiri daripada kawan-kawan baik sang puteri. Mereka akan berpakaian sedondon dan mengiringi ratu sehari. Tujuan utamanya adalah untuk membantu memudahkan urusan walimatul urus, memeriahkan suasana majlis dan mencantikkan sesi fotografi.

Faedahnya, memori indah ini akan diabadikan dalam ikatan persahabatan sepanjang usia. Bagi orang lelaki, mereka juga ada pengapit yang digelar best man. Angkatan panglima ini masih mengekalkan ciri dan tujuan yang sama macam bridesmaid wanita.

Supaya persalinan para pengapit sehari ini tampak cantik menawan, kacak bergaya, saya ingin kongsikan 4 tip pilih pakaian untuk bridesmaid dan bestman perkahwinan. Moga bermanfaat.

1. Sedondon
Pemilihan fesyen dan fabrik persalinan tidak menjadi masalah. Bridesmaid boleh memilih apa jua jenis baju kurung, kebaya atau jubah. Best man pula boleh mengenakan baju melayu, suit atau kemeja. Yang paling penting, warna baju perlu sedondon samada tona pastel atau gelap, terang atau lembut.

Jika kalian masih tercari-cari warna tema pakaian untuk majlis perkahwinan, anda boleh dapatkan maklumat rona terbaik di dalam artikel 8 Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 Ini!

2. Dengar dan minta pandangan
Apa jua cadangan dan idea, pengantin serta para pengapit harus bincang bersama. Nasihat yang baik dari teman-teman rapat harus juga dipertimbangkan agar wujud persetujuan dari kesemua pihak demi menjayakan majlis yang mulia.

Jika mahu memastikan pakaian bridesmaid atau best man betul-betul kena, anda perlu bersedia membeli belah bersama mereka. Bukankah itu lebih mengeratkan? Bahkan memborong dalam kuantiti yang banyak lebih jimat kerana anda akan dapat harga yang lebih rendah daripada membeli seunit barang.

3. Ikut kemampuan
Biasanya pengantin akan sponsor pakaian para pengapit dengan cara membelikan kain pasang sama warna supaya teman-teman baik mereka boleh menempah sendiri jenis fesyen yang sudah dipersetujui. Ada juga yang menaja terus set persalinan lengkap yang dikehendaki. Terpulang.

Namun, jika kos kahwin anda tinggi, hindarkan daripada memasukkan kos baju pengapit di dalam bajet kahwin. Melainkan jika anda benar-benar mampu. Jika sahabat-sahabat baik anda bersedia jadi pengapit, usah menekan mereka membeli persalinan mahal. Cukuplah seadanya kerana setiap daripada mereka pasti memiliki tahap kewangan berbeza.

Sebaiknya bincang dengan mereka dan rai setiap pandangan agar rakan-rakan baik faham situasi kita. Manalah tahu ada orang nak taja baju. Siapa tak mahu?

Foto Kredit : Enoivado

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *