Memang jenuh nak menentukan warna tema yang sesuai untuk pakaian kita. Terutama sekali apabila melibatkan majlis besar macam majlis perkahwinan, majlis keraian, majlis jamuan, majlis sambutan dan pelbagai acara lagi.

Silap tema memang segan. Salah warna persalinan juga boleh bikin malu. Betul tak?

Kalau anda penggemar fesyen dan selalu mengikuti warna trending masakini, anda pasti teruja dengan lampiran 8 warna yang dijangka hangat dan jadi ikutan pada tahun 2017 ini. Tona-tona ini semuanya berdasarkan industri fesyen dan seni bina yang menjadi rujukan di seluruh dunia seperti Pantone dan Dulux.

1. Warna Denim DriftWarna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniRamalan warna Denim Drift ini dikeluarkan oleh pengeluar cat popular, Dulux. Warna ini mula jadi trend pada penghujung tahun lalu dan kita bakal menyaksikan ia terus popular di Tahun Ayam ini. Tona gelap ini sesuai untuk perspektif baru interior rumah. Dan Dulux telah memilih rona ini sebagai colour of the year 2017.

2. Warna Greenery 15-0343Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniWarna Greenery 15-0343 telah dipilih sebagai colour of the year 2017 oleh Pantone Institute. Inilah warna kehijauan yang menyegarkan sebagai simbol semula jadi, permulaan baru dan rejuvinasi sesuai untuk musim panas 2017 ini.

3. Warna Warm Taupe 16-1318Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniWarna cokelat muda hangat ini sesuai dijadikan pilihan tona pakaian dan cat rumah. Penggunaan warna ini menampak sisi matang dan berani.

4. Warna Primrose Yellow 13-0755Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniWarna ini mencipta perasaan ceria dan segar. Sesuai untuk mereka yang berjiwa muda dan happy-go-lucky.

5. Warna Pink Yarrow 17-2034Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniWarna Pink Yarrow ini sangat padan untuk dekorasi beberapa perkakas interior rumah macam bunga dan sarung bantal agar kelihatan bernyawa. Malah sesuai amat diserasikan dengan warna monokrom.

6. Warna Hazelnut 14-1315Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniWarna Hazelnut sangat sesuai dalam pemilihan jaket, aksesori pakaian serta perabot rumah.

7. Warna Flame 17-1462Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniInilah warna tujahan semangat luar biasa. Ia adalah kombinasi tona merah, jingga dan kuning yang segar. Tona ini amat menarik perhatian mata tatkala digayakan di majlis keramaian.

8. Warna Pale Dogwood 13-1404Warna Tema Yang Bakal Hot Dan Trending Sepanjang 2017 IniKelembutan rona ini buat anda kelihatan ayu dan menawan semasa menggayakan persalinan warna ini. Ia juga boleh dipadankan dengan warna emas.

Nampaknya, rona cerah lembut mendominasi saranan warna pada tahun ini. Warna garang seperti Flame hanya mendapat satu tempat sahaja, manakala tona gelap macam Denim Drift dan Pink Yarrow menunjukkan trend warna kelam bernyawa masih jadi pilihan dan kegemaran masakini.

Walau apa pun warna yang diketengahkan pihak industri, kami sebagai pemain industri fabrik Cotton juga tidak ketinggalan meramal gaya pembelian warna kain para pelanggan Cottonville. Warna kain yang paling hangat dipilih oleh pembeli kami adalah warna Blue Black dan Purple.

Jadi, sebagai pembaca, apakah ramalan warna anda untuk tahun 2017 ini?

3 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *